Ticker

6/recent/ticker-posts

Muar telah menjadi tempat persinggahan Parameswara ?

 “Macam Mana Daerah Muar Boleh Terbentuk?”

Ramai yang cakap kalau nak nikmati makanan orang Johor, boleh ke Muar. Sebab dekat JB susah nak jumpa. Selain itu, Muar juga boleh dianggap sebagai tempat yang penuh sejarah dan antara daerah tertua di Johor.
Persoalannya, kenapa Muar boleh dianggap daerah yang kaya sejarah?
Buat pengetahuan semua, daerah Muar wujud lebih lama berbanding negeri Johor. Buktinya, artifak zaman logam iaitu loceng Dong Son telah ditemui di Kampung Pencu, Muar.
Malah Muar dianggap sebagai transit yang menghubungkan Jalan Penarikan antara Pahang di pantai timur dengan pantai barat. Bukan setakat tu sahaja, nama Muar juga tercatat dalam Negarakertagama bersama Ujong Medini dan Temasik sebagai salah satu wilayah kekuasaan Majapahit.
Sebelum Kesultanan Melayu Melaka terbentuk, Muar telah menjadi tempat persinggahan Parameswara sebelum bergerak ke arah utara. Parameswara sempat buat dua penempatan iaitu Biawak Busuk dan Kota Batu Buruk di sana. Apabila Melaka mencapai zaman kegemilangan, kawasan tempat tinggal penduduk dikatakan seluas dari Sungai Melaka sehingga Kuala Muar.
Apabila Melaka ditakluk oleh Portugis, baginda dan para pengikut berundur ke Muar dan dirikan Kubu Bentayan. Malangnya kubu tersebut telah dimusnahkan oleh Portugis. Bagi menangani ancaman daripada selatan, Portugis juga bina kubu disana yang dipanggil Fortaleza de Muar.
Fortaleza de Muar musnah sama sekali selepas pakatan Johor-Belanda berjaya menakluk Melaka. Bermula sejak itu, Muar terus berada dalam kekuasaan Kesultanan Johor Lama.
Muar juga pernah berdiri sebagai satu kerajaan yang berasingan dengan Johor. Tapi sekejap je sebab pemerintahan Muar telah dikembali kepada Johor semula. Secara rasminya Muar terus menjadi salah satu daerah dalam negeri Johor.
Oleh Azmil Azali

Catat Ulasan

0 Ulasan