WASPADA MONSUN BARAT DAYA : ELAKKAN PEMBAKARAN TERBUKA, JIMATKAN AIR.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Mei 2025 dan akan berterusan sehingga September
2025. Dalam tempoh ini, kebanyakan kawasan akan mengalami taburan hujan yang rendah.
Langkah pencegahan awal ini penting bukan sahaja untuk menjaga kesihatan awam, tetapi juga untuk melindungi alam sekitar dan menjamin kelangsungan sumber air negara.
Met Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Permulaan Monsun Barat Daya pada 7 Mei 2025 yang lalu. Orang ramai boleh muat turun aplikasi my Cuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Juga maklumat di www.met.gov.my
Sumber: Malaysian Meteorological Department
Kredit gambar : Majlis Perbandaran Muar
0 Ulasan