Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mencatat rekod kehadiran 100 peratus dalam semua 221 sesi Parlimen sejak mengangkat sumpah, menjadikannya antara wakil rakyat paling konsisten hadir sidang.
Menurut data terkini, beliau turut aktif berbahas dengan 614 ucapan dalam 95 sesi, purata 6.5 ucapan setiap sesi — menunjukkan tahap komitmen tinggi terhadap tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian warganet yang memuji sikap disiplin dan dedikasi beliau, dengan harapan lebih ramai ahli Parlimen mencontohi semangat sama.
Sumber : facebook TR
0 Ulasan