Ticker

6/recent/ticker-posts

Jalan pintas Muar-Tangkak-Segamat dijangka siap Februari 2027 - EXCO

 Sumber : Oleh BERNAMA - April 22, 2026 @ 11:31am

Projek jalan pintas menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat  kini agak mendahului jadual apabila mencapai kemajuan 72.19 peratus setakat Mac 2026. - Foto ihsan Fazli Salleh/Bernama

Projek jalan pintas menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat kini agak mendahului jadual apabila mencapai kemajuan 72.19 peratus setakat Mac 2026. - Foto ihsan Fazli Salleh/Bernama

JOHOR BAHRU: Projek jalan pintas yang menghubungkan tiga daerah, iaitu Muar, Tangkak dan Segamat dengan anggaran kos RM183 juta dijangka siap pada Februari 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata projek berkenaan kini agak mendahului jadual apabila mencapai kemajuan 72.19 peratus setakat Mac 2026.

Beliau berkata kerja-kerja naik taraf laluan yang turut menghubungkan Kolej Matrikulasi Tangkak ke Kawasan Perindustrian Tangkak itu berjalan dengan lancar, aktif dan terancang tanpa sebarang isu besar yang menjejaskan kemajuan keseluruhan projek.

"Projek ini melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 8.1 kilometer dengan empat lorong dua hala, enam persimpangan berlampu isyarat serta empat jambatan termasuk merentasi Lebuh Raya Utara–Selatan.

Catat Ulasan

0 Ulasan